Tiga masalah fiskal perlu penyelesaian ‘luar kotak’

Tiga masalah fiskal perlu penyelesaian ‘luar kotak’

DR AHMED RAZMAN ABDUL LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu merangka langkah ‘luar kotak’ sebagai penyelesaian kepada tiga masalah fiskal yang dihadapi negara sejak sekian lama.

Penganalisis Ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latif berkata, langkah-langkah seperti menaikkan kadar cukai atau memperkenalkan cukai baharu bagi meningkatkan pendapatan negara adalah satu langkah yang ketinggalan zaman.

PENDAPATAN

“Itu bukan penyelesaian yang harus terus diguna pakai kerana ia akan menyebabkan rakyat yang akan berhadapan masalah apabila solusi tersebut akan mengambil lebih banyak pendapatan yang boleh diguna rakyat,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Negara kelmarin berkata, tiga masalah fiskal itu ialah asas hasil yang kecil (kutipan cukai rendah), perbelanjaan yang tidak berhemah seperti subsidi pukal dan bebanan hutang apabila kerajaan menanggung hutang mencecah RM1.2 trilion.

Selain itu, kata Perdana Menteri, kerajaan turut berdepan dua masalah struktural iaitu ekonomi rakyat dan ekosistem perniagaan yang hambar dan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lemah.

Ahmad Razman berkata, penyelesaian yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini ternyata tidak berkesan dan sudah menjadi ‘usang’.

MEKANISME

“Masalah fiskal ini memerlukan pendekatan jangka masa panjang. Kerajaan perlu mene­roka penyelesaian yang bersifat ‘luar kotak’ kerana mekanisme penyelesaian yang ada sekarang ini tidak mampu menyelesaikan masalah itu.

“Saya harap akan ada penyelesaian lebih holistik dirangka bagi mengatasi sepenuhnya masalah itu kerana jika tidak, kita akan nampak kesan negatif dalam jangka masa panjang.

“Sekarang mungkin tidak terasa ke­rana kita dapat lihat ekonomi kita meningkat tetapi sedikit demi sedikit masalah tersebut akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesempitan,” katanya.

Ahmad Razman berkata, solusi boleh diguna pakai adalah seperti memperkasakan institusi wakaf dan institusi-institusi lain seperti baitumal dan zakat.

Untuk mengelakkan ketirisan, pembaziran dan rasuah dalam apa sahaja perbelanjaan kerajaan, beliau berkata, kerajaan perlu melihat kepada penggunaan teknologi terkini sebagai kaedah penyelesaian menyeluruh.

“Kalau kita tengok sekarang banyak negara dan industri sudah menggunakan teknologi blockchain untuk mengesan pergerakan barangan atau transaksi. Jadi, dengan memperkasakan sistem pemantauan, saya lihat ia mampu elakkan 100 pe­ratus ketirisan dan boleh dika­wal secara telus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini