Pemimpin akar umbi setiap parti perlu bantu Kerajaan Perpaduan - Manivanan

Pemimpin akar umbi setiap parti perlu bantu Kerajaan Perpaduan – Manivanan

Manivanan Gowin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segala mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat perlu diterjemahkan oleh pimpinan peringkat akar umbi setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan agar segala rasional di sebalik setiap inisiatif difahami rakyat.

Setiausaha Politik Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Manivanan Gowin berkata, pimpinan akar umbi dan jentera parti perlu terus menyantuni dan membantu mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan yang disediakan Kerajaan melalui pelbagai agensi.

“Pendekatan yang telah, sedang dan bakal diambil Kerajaan Perpaduan bukan bersifat populis kerana fokus utama pimpinan negara adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia bertambah baik manakala rakyat mampu hidup dalam keadaan selamat dan makmur.

“Berdasarkan maklumbalas yang diterima di peringkat akar umbi. Mereka amat berharap agar langkah drastik diambil bagi membantu rakyat menghadapi bebanan akibat peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Manivanan berkata, semua pihak perlu yakin dan terus menyokong segala usaha yang diambil Kerajaan untuk terus memperkukuh ekonomi negara dan membantu rakyat berhadapan kos sara hidup yang kian meningkat bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, beliau berkata agensi terbabit perlu meningkatkan keberkesanan penyampaian bantuan manakala agensi penguatkuasaan pula perlu meningkatkan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan atau mengganggu gugat keamanan melalui penyebaran fitnah.

“Orang ramai juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan menjadi “mata dan telinga” pihak berwajib dan segera melaporkan sebarang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan yang boleh menyebabkan ketirisan dan kerugian kepada negara dan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×