Pei Kee, Yee Yuan mara ke pusingan kedua

Pei Kee, Yee Yuan mara ke pusingan kedua

Go Pei Kee-Low Yee Yuan menentang pasangan Ukraine, Buhrova Polina-Kantemyr Yevheniia pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari pertama Kejohanan Malaysia Masters 2024 menyaksikan beregu wanita Go Pei Kee-Low Yeen Yuan menewaskan pasangan Ukraine, Polina Buhrova-Yevheniia Kantemyr 21-15, 21-15 untuk mara ke pusingan kedua.

Ini menjadikan gandingan wanita negara kedua yang berada di pusingan itu berikutan pasangan nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah meraih kemenangan percuma selepas lawan mereka menarik diri sebelum perlawanan bermula.

Pei Kee-Yeen Yuan seterusnya akan berdepan ujian getir pada pusingan kedua bertemu pilihan kelapan dari Australia, Setyana Mapasa-Angela Yu, Khamis  ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bertemu pasangan Australia ini menjadikan peluang Pei Kee membuktikan kemampuan semula berikutan tewas kepada lawannya itu pada saingan Piala Uber 2024 April lalu bersama gandingannya Teoh Mei Xin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini