Empat mayat tebusan Israel di Gaza ditemukan

Empat mayat tebusan Israel di Gaza ditemukan

ASAP berkepul-kepul selepas serangan Israel ke atas Jabalia seperti yang dilihat dari Beit Lahia, di utara Semenanjung Gaza, kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memberitahu bahawa mayat empat tebusan yang diambil dari Gaza minggu lalu ditemukan dalam terowong di bawah Jabalia, di mana pasukannya terlibat dalam pertempuran sengit sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Tentera berkata, minggu lalu mereka menemukan mayat Ron Benjamin, Yitzhak Gelerenter, Shani Louk, dan Amit Buskila yang kesemuanya dikatakan terbunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel.

Mayat mereka ditemukan dari terowong bawah tanah di Jabalia di utara Gaza,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa operasi ketenteraan, tentera Israel menggeledah sebuah bangunan yang disyaki di mana terletaknya bilik tersembunyi terowong.

“Askar kemudian memasuki laluan terowong bawah tanah dalam operasi malam dan di dalamnya melakukan pertempuran.

Semasa pertempuran, askar “mencari mayat tebusan dan menyelamatkan mereka dari terowong,” kata tentera sebagai mana dilapor Arab News.

Gelerenter, Louk, dan Buskila dibunuh dan diculik dari festival muzik Nova manakala Benjamin dibunuh di persimpangan Mefalsim dari mana mayatnya dibawa ke Gaza, kata tentera minggu lalu.

Beribu-ribu orang muda berkumpul pada 6 dan 7 Oktober lalu untuk menari mengikut muzik elektronik di acara pesta Nova yang diadakan berhampiran Re’im kibbutz, dekat dengan sempadan Gaza.

Pejuang dari Hamas menyeberang dari Gaza dan membunuh lebih 360 orang pada perayaan itu, kata pegawai Israel.

Mangsa perayaan Nova menyumbang hampir satu pertiga daripada lebih 1,170 orang yang terbunuh dalam serangan 7 Oktober lalu, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.

Daripada 252 orang yang dijadikan tebusan pada hari itu, 124 masih ditahan di dalam Gaza, termasuk 37 yang dikatakan tentera sudah mati.

Serangan balas Israel terhadap Hamas membunuh sekurang-kurangnya 35,562 orang di Gaza, juga kebanyakan orang awam, menurut data yang diberikan oleh kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas.

Sejak awal Mei lalu, tentera Israel terlibat dalam pertempuran jalanan yang diperbaharui di utara dan tengah Gaza. 

Pada Jumaat lalu, tentera memberitahu AFP bahawa pertempuran di bandar utara Jalalia adalah mungkin yang paling sengit dalam lebih tujuh bulan perang.

Pertempuran di utara dan tengah Gaza meletus lagi apabila tentera memulakan serangan di bandar jauh selatan Rafah pada 7 Mei lalu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×