Jangan buat andaian kaitan kumpulan pengganas

Jangan buat andaian kaitan kumpulan pengganas

RAZARUDIN Husain melihat senjata yang digunakan oleh seorang lelaki yang menyerang dan menembak anggota polis sehingga menyebabkan dua maut dan seorang cedera di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung kejadian serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ini termasuk mengaitkan suspek yang terlibat dengan serangan tersebut mempunyai kaitan secara langsung dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Beliau menjelaskan, cubaan mengaitkan dengan serangan pengganas Islam boleh menimbulkan polemik islamofobia.

“Spekulasi seumpama ini tidak patut dicetuskan bagi mengelak dunia Barat terus mengecam Islam apatah lagi dunia sedang berdepan konflik Palestin-Israel.

“Pada masa sama ia akan mengeruhkan keadaan serta membawa kesan yang tidak baik kepada keharmonian masyarakat.

“Semua pihak diseru memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan terperinci. Apa-apa kenyataan rasmi perlu dirujuk kepada pihak PDRM serta pihak berkuasa,” katanya di sini semalam.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan terdapat 20 kumpulan radikal termasuk Jemaah Islamiyah (JI) bertapak di negara ini sejak merdeka yang merangkumi kategori pelampau agama, politik dan ajaran sesat.

Penolong Profesor Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-UIAM), Dr. Ahmad El-Muhammady berkata, secara zahirnya saki baki pemikiran radikal masih wujud walaupun anasir keganasan sentiasa dipantau pihak keselamatan di samping bekas pengikut menjalani program pemulihan.

Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan serangan berdarah oleh seorang pemuda disyaki ahli kumpulan JI di Balai Polis Ulu Tiram sehingga menyebabkan dua anggota polis maut manakala seorang cedera.

Dalam serangan kira-kira pu­­kul 2.30 pagi itu, suspek berusia 21 tahun memakai topeng dan berpakaian gelap dipercayai te­lah membuat persediaan rapi bagi melakukan serangan ber­kenaan turut maut selepas di­tembak oleh seorang anggota polis yang cedera di bahu semasa mem­balas tembakan suspek.

Pada masa sama, Mohd. Na’im berharap mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian jenayah ini perlulah dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Jelasnya, keamanan serta perpaduan adalah perlu dipertahankan oleh semua pihak demi kesejahteraan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN