Harimau belang mati dilanggar di LPT

Harimau belang mati dilanggar di LPT

SEEKOR harimau belang ditemukan mati dilanggar sebuah kenderaan di kilometer 50.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuala Lumpur berhampiran Lentang, Bentong. - IHSAN PERHILITAN PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seekor harimau belang ditemukan mati dilanggar di kilometer 50.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuala Lumpur berhampiran Lentang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Rozidan Md. Yasin berkata, kejadian terbabit dikatakan berlaku pada pukul 1.23 pagi.

Katanya, harimau belang jantan itu dianggarkan seberat 130 kilogram dan dianggarkan berusia empat tahun.

“Carcas (bangkai) harimau belang itu sudah diambil Perhilitan Pahang pada awal pagi ini untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Berdasarkan perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook, harimau belang terbabit dipercayai dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Dalam kejadian 9 November tahun lalu, seekor harimau belang turut mati dilanggar sebuah treler, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Gua Tempurung Gopeng.

Harimau belang berusia antara lapan hingga 10 tahun itu adalah haiwan yang dilaporkan sebelum ini menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×