140,000 tan beras tempatan sudah berada di pasaran

140,000 tan beras tempatan sudah berada di pasaran

MOHAMAD Sabu bersama sebahagian peserta yang mengikuti Konvensyen Pengembangan Veterinar dan Hari Inovasi 2024 di Universiti Putra Malaysia, semalam. - UTUSAN/MOHD IQBAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Sebanyak 140,000 tan stok padi dan beras tempatan sudan berada di pasaran ketika ini.

Menteri Pertanian dan Ke­terjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sehubungan itu rungutan berhubung ketiadaan bekalan beras tempatan ketika ini semakin berkurangan berbanding beberapa bulan lalu.

“Memang berlaku kelompa­ngan dalam sektor berkenaan, namun pihak Kawal Selia Padi dan Beras serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa memerhati dan cuba bertindak dengan segera,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan Konvensyen Pengembangan Veterinar dan Hari Inovasi 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Dalam pada itu katanya, negara berpotensi terus berdepan dengan isu ketiadaan bekalan beras tempatan sekiranya tidak mencapai 80 peratus kadar sara diri (SSR).

Katanya, ini kerana negara pengeluar ada hak untuk menghentikan atau meneruskan eks­port bekalan mereka.

Beliau memberi contoh se­perti isu bawang selepas India membenarkan semula eksport bekalan terbabit.

“Adakah kita nak henti usaha tanam bawang di Malaysia? Saya kata teruskan kerana hak negara pengeluar untuk henti atau teruskan eksport.

“Tetapi, kita kena bersedia, di peringkat bawang, sekurang-kurangnya kita kena ada 30 peratus (SSR) menjelang 2030.

“Beras pun begitu, hak negara pengeluar untuk eksport sebab mereka pun mahu meng­utamakan kepentingan rakyat mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menekankan keperluan inovasi SSR dalam bidang ruminan se­perti yang digariskan.

“Kita masih jauh, berada di bawah 20 peratus menyediakan kecukupan daging di Malaysia dan bergantung import tinggi sama ada daripada Australia, New Zealand, India dan berbagai negara lain,” katanya.

Justeru, katanya, kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri penting dalam meningkatkan SSL semua sektor.

Katanya, ini kerana sektor ternakan ini perlu kepada tanah yang agak luas, maka perlu kerjasama khasnya kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×