Jemaah haji guna dron, teksi terbang di Arab Saudi

Jemaah haji naik dron, teksi terbang di Arab Saudi

DRON dan teksi terbang boleh mengangkut empat hingga enam penumpang pada satu masa. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Jemaah haji musim ini mempunyai peluang unik untuk menggunakan teksi terbang dan dron untuk pengangkutan cekap di Arab Saudi.

Menteri Pengangkutan dan Logistik Saudi, Saleh Al Jasser memberikan maklumat itu semasa bercakap kepada media selepas mengalu-alukan kumpulan pertama jemaah haji asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera

Muhammad bin Abdulaziz di Madinah, Jumaat lalu menurut Gulf News.

Al Jasser berkata, mod pengangkutan termaju ini termasuk aplikasi teksi bertujuan untuk meningkatkan pengalaman haji secara keseluruhan.

“Beberapa syarikat khusus dalam sektor pengangkutan sedang berlumba untuk menyediakan pengangkutan terbaik pada tahun-tahun akan datang,” kata menteri Arab Saudi itu.

Beliau menekankan kepen­tingan memahami teknologi ini dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk operasi mereka semasa musim haji.

Awal tahun ini, Saudi Arabian Airlines (Saudia) merancang mengendalikan teksi terbang untuk membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel di Mekah.

Saudia bercadang membeli kira-kira 100 pesawat untuk mengendalikan perkhidmatan itu.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia, Abdullah Al-Shahrani, syarikat penerbangan nasional Saudi berkenaan membuat persiapan untuk menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun ini.

Abdullah berkata, Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (eVTOL) untuk ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah dan hotel Mekah berhampiran Masjidil Haram dan tempat suci lain.

“Pesawat elektrik Lilium antara pesawat pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik.

“Selepas menyelesaikan urusan diperlukan, pesawat ini akan terbang bersama tetamu Allah pada musim haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke lapangan terbang di hotel berhampiran Masjidil Haram di Mekah.

Al-Shahrani menyatakan teksi terbang boleh mengangkut empat hingga enam penum­pang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×