PETALING JAYA: Censof Holdings Bhd. melalui anak syarikatnya, Censof Maal Sdn. Bhd. akan melancarkan platform pengagregatan takaful dan insurans digital holistik yang pertama di Malaysia, insureKU menjelang hujung tahun ini.
Platform yang mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk penyertaan dalam Kawal Selia Kewangan Sandbox Negara merupakan polisi insurans dan takaful konsumer mudah capai, mampu milik dan mudah difahami.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif insureKU Malaysia, Shadhana Sekaran berkata, pihaknya mengutamakan pengguna melangkaui segala perkara lain, didorong oleh visi untuk transformasi yang positif dan mudah diakses dalam keperluan harian.
“BNM telah sekian lama menjadi rakan kongsi murni kerana menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami menyedia penyelesaian insurans dan takaful yang menyasarkan segenap lapisan warga Malaysia.
“Di era digital yang pesat ini, kita harus memastikan tiada siapa tertinggal di belakang, terutama di arena kritikal seperti penyelesaian insurans dan takaful,” katanya dalam kenyataan.
Censof Maal telah melalui pembangunan mantap dan ujian alfa sejak 24 bulan lalu dan ia merupakan platform terulung hujung ke hujung dalam pengagregatan dan penyelesaian insurans dan takaful bersepadu di negara ini
insureKU memanfaatkan teknologi dalam menawarkan rangkaian insurans selengkapnya, merangkumi insurans nyawa, am dan kategori produk takaful.
Gandingan inovasi dan ekosistem yang memfokus kepuasan pelanggan, insureKU memperkasa para individu mengendali perjalanan kewangan dengan lebih baik lagi.
BNM mengumumkan perkembangan terkini dokumen polisi Rangka Kawal Selia Teknologi Kewangan Sandbox Negara sebagai usaha memantap inovasi teknologi kewangan atau fintech di negara ini.
Mula dilancar pada Oktober 2016, rangka kerja ini digubah untuk merangsang persekitaran kawal selia penggunaan fintech yang kondusif bagi menggalakkan inovasi lebih bermakna dalam sektor kewangan.
Pengumuman terkini mengesahkan insureKU telah berjaya menyempurnakan semakan ketersediaan operasi serta disahkan boleh memulakan operasi dengan kadar serta-merta.
Jelas Shadhana, kerjasama strategik dengan penyedia insurans dan takaful terkemuka bertaraf dunia, keserasian tinggi dengan jualan insurans tradisional dan proses perkhidmatan serta capaian kepada pengguna secara dalam dan luar talian.
“Ini akan membolehkan kami menyokong wawasan Malaysia menjadikan ekosistem insurans dan takaful mudah capai, bingkas, sihat dan maju bagi setiap warga Malaysia.
“Menyedari kerumitan sedia ada pada proses membuat keputusan dalam insurans dan takaful serta kekurangan panduan pakar, insureKU dirumus untuk mempermudah proses dengan menawarkan kepada konsumer satu platform selengkapnya dari hujung ke hujung,” katanya.-UTUSAN










