Anwar arahkan cari penjawat awam rosakkan nama jabatan

Anwar arahkan cari penjawat awam rosakkan nama jabatan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan setiap jabatan untuk mengawal dan mengenal pasti kakitangan bermasalah di jabatan masing-masing yang merosakkan nama baik penjawat awam.

Perdana Menteri berkata, mereka bermasalah itu tidak akan diberi layanan sama dalam mendapat ‘habuan’ daripada kerajaan dalam kenaikan gaji yang akan diterima selepas kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diluluskan.

“Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90 peratus guru menjalankan tanggungjawab, (namun) ada guru yang cuai, ada yang kadang-kadang tak hadir, begitu juga masalah di jabatan, ada golongan kecil rasuah, tak datang kerja, pelbagai masalah, apakah kita harus beri layanan yang sama?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya jawab tidak, kita tak akan beri layanan yang sama, jadi sementara kita berikan satu anjakan radikal dari segi pengikitrafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri dan jabatan, kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,” katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Anwar berkata, keputusan berani kerajaan dalam menaikkan gaji penjawat awam dalam ketika ekonomi tidak stabil adalah bersandarkan kepada konsep Madani dan kemanusiaan kerana penjawat awam tidak boleh dibebankan segala kesalahan kepada mereka.

Ini kerana kata beliau, tidak semua kesalahan itu berpunca daripada majoriti penjawat awam, sedangkan ia berkaitan kepincangan pengurusan dan kecuaian pihak lain.

“Maka ada kewajaran sebagai bapa dalam keluarga besar kerajaan harus beri pertimbangan (kenaikan gaji) sebab itu kita ambil keputusan berani ini.

“Perbincangan (kenaikan gaji) itu sangat teliti dan mendalam, kita nak pertimbangkan bagiamana harus beri satu kadar yang betul-betul melegakan. Kalau bagi sikit, orang kata ia hanya ala kadar.

“Saya kata bagaimana boleh dipertimbangkan naik kadar yang boleh bagi keyakinan bahawa pempinan kerajaan Madani serius untuk mencari jalan sebaik mungkin membantu (penjawat awam),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×