SPRM tahan pengurus besar agensi kerajaan bantu siasatan tuntutan palsu

SPRM tahan pengurus besar agensi kerajaan bantu siasatan tuntutan palsu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengurus besar dari sebuah agensi kerajaan di sini hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes pegawai kanannya yang disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Menurut sumber, pengurus tersebut ditahan pada pukul 11 pagi tadi oleh SPRM semasa dipanggil memberi keterangan di pejabat agensi penguat kuasa berkenaan.

“Lelaki berusia 50-an itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapat pengesahan berkait perkara itu Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain gagal apabila panggilan tidak dijawab-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×