Hospital Antarabangsa KL sumbang RM2 juta kepada komuniti B40

Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur sumbang RM2 juta kepada komuniti B40

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH) memperuntukkan inisiatif sebanyak RM2 juta untuk menyokong golongan B40 dalam menerima rawatan perubatan.

Peruntukan itu diumumkan semasa KL Wellness City melancarkan 624 katil bagi membantu komuniti B40 dalam menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif ini akan meningkatkan usaha menyediakan penjagaan kesihatan yang boleh diakses kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

“Inisiatif peruntukan sebanyak RM2 juta ini selari dengan visi dan misi kerajaan untuk menyokong kesejahteraan dan memupuk komuniti yang merangkumi semua golongan.

“Komitmen yang terbaik dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat serta mengukuhkan komitmen terhadap ekuiti kesihatan di Malaysia,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

Dzulkefly berkata, inisiatif itu bertepatan selepas pelancaran program Health Equity For Affordable and Rapid Treatment (HEART) yang menawarkan rawatan percuma kepada pesakit dari hospital kerajaan, baru-baru ini.

“Sudah tentu, perkara ini akan meningkatkan lagi komitmen Kementerian Kesihatan terhadap penjagaan kesihatan yang boleh diakses melalui kerjasama syarikat awam dan swasta yang baik,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×