Naik gaji: Penjawat awam perlu bersyukur, tingkat prestasi kerja

Naik gaji: Penjawat awam perlu bersyukur, tingkat prestasi kerja – Mohd Na’im.

MOHD. Na'im Mokhtar menyantuni warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada majlis Aidilfitri di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap penjawat perlu melahirkan rasa syukur dengan pengumuman kenaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebagai tanda kesyukuran itu, setiap penjawat awam perlu menterjemahkan kepada usaha meningkatkan kualiti kerja masing-masing.

“Saya seru kepada semua penjawat awam termasuk kakitangan dan pegawai di bawah agensi-agensi agama Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan kualiti penyampaian kepada rakyat.

“Penjawat awam juga perlu tunjuk daya juang tinggi dan ikhlas dalam memberi khidmat kepada rakyat dan negara,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bulanan agensi-agensi agama di bawah JPM di sini, hari ini.

Katanya, seluruh agensi hal ehwal Islam perlu bekerja dengan budaya kerja berprestasi tinggi dan tidak boleh bekerja bagai melepas betuk di tangga sahaja serta bekerja ala kadar sahaja.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan yang merupakan tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN