Transformasi siasatan ledakan baharu tatakelola SPRM

Transformasi siasatan ledakan baharu tatakelola SPRM

PENDEKATAN siasatan tatakelola dapat meningkatkan keyakinan orang ramai dan penyiasatan dapat dilakukan secara proaktif melalui penyiasatan tatakelola.– GAMBAR HIASAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDEKATAN siasatan tatakelola yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) dalam usaha menangani isu rasuah pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Ia terbukti apabila proses pengendalian kontena di Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor yang diberi penambahbaikan telah naik ke tangga 15 dunia pada tahun 2020 berbanding tangga ke-18 pada 2017 mengikut Global Ports Ranking.

Kami telah masuk dan memeriksa sistem dan proses pengendalian kontena setelah menerima aduan kontena lambat masuk dan dikeluarkan kerana terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang melambatkan pergerakan kontena berkenaan.

Jadi kami memberikan khidmat nasihat kepada mereka (pihak berkuasa pelabuhan) melakukan perubahan dalam sistem dan amalan dan hasilnya kedudukan mereka di peringkat global meningkat.

Kedudukan tersebut dinilai berdasarkan kapasiti kargo (TEU) dan penambahbaikan yang dilaksanakan telah meningkatkan kecekapan pengendalian kontena Pelabuhan Tanjong Pelepas.

Kejayaan ini sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai dan pastinya penyiasatan secara proaktif melalui penyiasatan tatakelola mendapat impak positif yang sangat baik.

Yang pasti, perananan menyiasat bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dapat mengurangkan ketirisan selain mengembalikan kerugian yang dialami sesebuah organisasi.

IMPAK BESAR
Selain itu, kes lain yang menggunakan pendekatan penyiasatan tatakelola dan memberikan impak besar ialah kutipan tabung masjid yang tiada peraturan khusus bagi mengawal kewangan yang diterima sebelum ini.

Tindakan yang dilaksanakan bersama Jabatan Agama Islam (Jakim) ini berhasil apabila satu garis panduan berkaitan penggunaan kewangan masjid telah dikeluarkan.

Garis panduan ini bukan sahaja telah diguna pakai masjid-masjid di bawah Jakim dan juga di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tetapi turut menjadi model untuk kegunaan masjid-masjid negeri dan tidak ketinggalan rumah-rumah ibadat yang lain.

Pada masa yang sama, ‘Op Green’ iaitu operasi berkaitan isu penipuan dalam meminda dan mengubah butiran kenderaan bahan bakar diesel kepada diesel hijau telah berjaya dilumpuhkan dari segi operasi, manakala dari sudut pencegahan, BPT berjaya menutup kelompongan dalam sistem yang mengakibatkan ketirisan dalam sistem dan amalan.

Berbicara lebih lanjut mengenai penjenamaan semula Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) kepada BPT, ia kerana cara bekerja bahagian itu dahulu kurang memberi impak yang dikehendaki dan perlu ditambah baik serta diperkuatkuasakan.

Jelas beliau, fungsi-fungsi BPMP termasuk meneliti amalan, sistem, tatacara sesebuah organisasi selepas siasatan dijalankan atas isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa atau atas permintaan organisasi terbabit.

Namun, pendekatan tersebut tidak mendapat impak besar kerana pemeriksaan dan rundingan yang dilaksanakan akan berakhir dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi terbabit.

Pendekatan ini kadang-kadang tidak diambil serius dan tindakan yang tegas tidak dilaksanakan, sekali gus tidak memberikan impak yang dikehendaki.

Jadi apabila dijenamakan semula, peranan BPT dapat meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran sesebuah organisasi sekali gus menambah keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan kerajaan.-UTUSAN

DATUK Izani Wan Ishak ialah Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×