Bayi perempuan disahkan meninggal dunia akibat ddera - Utusan Malaysia

Bayi perempuan disahkan meninggal dunia akibat ddera

DUA wanita antara ditahan reman termasuk dua lelaki bagi membantu kes dera seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia Jumaat lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bayi perempuan berusia sembilan bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu disahkan akibat didera.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, laporan hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati wujud elemen kecederaan yang mengakibatkan kematiannya.

“Mayat mangsa masih belum dituntut dan berada di HSA. Siasatan masih diteruskan dalam memperhalusi semua keterangan yang dikumpul hingga kini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, empat suspek yang ditahan susulan kejadian itu dan mereka direman hingga 5 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Tangkapan melibatkan dua rakan ibu mangsa yang merupakan warga asing, seorang lelaki tempatan dipercayai teman lelaki ibu mangsa dan pasangan suami isteri warga tempatan yang merupakan pengasuh bayi berkenaan.

Kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 42 tahun ditahan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.

Walau bagaimanapun, ibu mangsa yang merupakan warga Vietnam masih dikesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×