Ubah Kelatan dari ‘Paris of Malaya’, jasa Nik Aziz tiada pengganti

Ubah Kelantan dari ‘Paris of Malaya’, jasa Nik Aziz tiada pengganti

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEKAS Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah seorang tokoh Islam yang sangat berpengaruh dan dihormati di Malaysia terutamanya dalam kalangan anak muda dan orang Islam. Banyak sumbangan dan impak positif di bawa oleh beliau di Kelantan.

Antara sumbangan besar beliau adalah apabila Kelantan digelar ‘Paris of Malaya’ pada 1956 disebabkan terlalu banyak maksiat dan pelacuran dengan wanitanya berpakaian seksi. Bukan itu sahaja, aktiviti minum arak, pelacuran dianggap biasa dan mudah untuk dilaksanakan.

Pada masa tersebut juga Paris dikenali oleh orang ramai dengan gelaran sebagai kota pelacur. Oleh sebab itu, Kelantan mendapat gelaran tersebut namun tanggapan negatif ini berjaya diubah dan ditukar dengan panggilan yang positif di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz sejak beliau mengambil alih Kelantan pada 21 Oktober 1990.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menutup segala premis judi, kedai menjual benda haram termasuklah arak dan panggung wayang juga tidak dibenarkan beroperasi.

Tindakan ini memberi impak yang sangat signifikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini kerana usaha ini masih lagi dikekalkan. Sebagai contoh, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak membenarkan segala operasi wayang.

Sifat kepimpinan beliau amat luar biasa, lihatlah bagaimana Kelantan sekarang digelar Serambi Mekah. Ramai ulama berjaya dilahirkan dari negeri itu melalui institusi agama dan banyak orang muda yang dilahirkan di sini berjaya dengan agama dan kejayaan dunia.

Terbuktilah, seorang pemimpin hendaklah mempunyai budi pekerti yang baik selain meletakkan Islam teguh dalam diri untuk dijadikan contoh kepada rakyat-rakyatnya.

Jika seseorang pemerintah itu ditadbir oleh orang yang baik dan ketakwaan yang kuat kepada Allah, maka akan berlaku pembaharuan yang positif dalam pemerintahannya seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang merupakan seorang pemimpin yang berjaya dan hasilnya dapat menakluk Kota Konstantinopel hasil daripada pemerintahannya.-UTUSAN

NUR HIDAYAH ZAINUDDIN dan PROFESOR. DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×