AS dan 17 buah negara rayu pembebasan semua tebusan Israel di

AS dan 17 buah negara rayu pembebasan semua tebusan Israel di Gaza

SEORANG wanita memakai pelekat di mulutnya dengan nombor 202, menandakan bilangan hari tebusan ditahan di Gaza oleh kumpulan Hamas sejak serangan 7 Oktober lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:  Amerika Syarikat (AS) dan 17 negara lain mengeluarkan rayuan agar Hamas membebaskan semua tebusannya sebagai laluan untuk menamatkan krisis di Gaza.

Bagaimanapun, Hamas berikrar tidak akan menyerah kepada tekanan antarabangsa.

Kata kenyataan yang dikeluarkan oleh negara-negara itu, pihaknya menyeru pembebasan segera semua tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza sekarang selama lebih 200 hari.

Kesemua 18 negara berkenaan mempunyai rakyat yang dipegang oleh Hamas enam bulan selepas kumpulan Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu ke atas Israel selatan dan membunuh 1,200 orang.

Hamas dipercayai masih menahan 129 tebusan daripada 253 yang diambil pada 7 Oktober lalu.

Yang menandatangani rayuan berkenaan ialah pemimpin Amerika Syarikat, Argentina, Austria, Brazil, Bulgaria, Kanada, Colombia, Denmark, Perancis, Jerman, Hungary, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Sepanyol, Thailand dan Britain.

Jelas kenyataan itu lagi, mereka menekankan bahawa perjanjian yang dilakukan di atas meja adalah bagi membebaskan tebusan yang akan membawa gencatan senjata serta-merta dan berpanjangan di Gaza.

Perjanjian itu juga akan memudahkan lonjakan bantuan kemanusiaan tambahan yang diperlukan untuk dihantar ke seluruh Gaza dan membawa kepada pengakhiran permusuhan.

“Rakyat Gaza akan dapat pulang ke rumah mereka dengan persiapan terlebih dahulu untuk memastikan perlindungan dan peruntukan kemanusiaan,” kata kenyataan berkenaan.

Pemimpin kanan Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu Reuters bahawa Hamas tidak akan terpengaruh dengan kenyataan itu dan berkata AS perlu memaksa Israel untuk menamatkan pencerobohannya.

“Bola sekarang berada di gelanggang Amerika,” kata Abu Zuhri.

Seorang pegawai kanan ASmemberi taklimat kepada pemberita mengenai kenyataan itu dan berkata terdapat beberapa petunjuk bahawa mungkin ada jalan untuk perjanjian mengenai krisis tebusan tetapi dia tidak yakin sepenuhnya. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×