200 hari perang Israel-Hamas tingkat kebimbangan serangan di

200 hari perang Israel-Hamas, nyawa1.5 juta penduduk Rafah terancam

AHLI keluarga menutup mulut dan mengikat tangan mereka sambil memegang sepanduk yang mengandungi potret warga Israel yang menjadi tebusan di Gaza sejak serangan 7 Oktober lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Peperangan Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-200 dengan kebimbangan pe­ningkatan serangan darat Israel di bandar Rafah, selatan Gaza yang sesak dengan pela­rian.

Malah, tentera Israel dilaporkan sudah melancarkan serangan sengit ke atas kawasan kejiranan Gaza iaitu di Tuffah, Shujayea dan Zeitun.

SASAR KEM PELARIAN

Tembakan dan letupan kuat kedengaran di barat daya Gaza dan Khan Younis di selatan manakala serangan udara berlaku berhampiran kem pelarian Bureij dan tembakan meriam mengenai kem pela­rian Nuseirat.

Tentera Israel berkata, mereka menyerang beberapa kedudukan Hamas di selatan Gaza dengan pesawat pe­rangnya mengenai kira-kira 25 sasaran termasuk kawasan pemerhatian tentera dan pos pelancaran peluru.

Sehingga kini, serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 34,183 orang di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Jumlah kematian terkini kementerian yang dikeluarkan kelmarin sekurang-kurangnya 32 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Tentera Israel menjatuhkan 75,000 tan bahan letupan di Gaza, menjadikan kebanyakan bangunan dan infrastruktur awam runtuh, menurut angka yang dikeluarkan oleh Pejabat Media Kerajaan Palestin.

Secara keseluruhan, sera­ngan Israel merosakkan atau memusnahkan 380,000 unit rumah, 412 sekolah dan universiti, 556 masjid, tiga ge­reja serta 206 tapak arkeologi dan warisan.

Selain itu, sera­ngan menyebabkan 32 hospital dan 53 pusat kesihatan tidak beroperasi dengan 126 ambulans turut disasarkan.

Kemusnahan ini berjumlah sekurang-kurangnya AS$30 bilion (RM143.303 bilion) dalam kerugian ekonomi, kata pejabat media itu.

BERITA NGERI

Bagi warga Palestin di Gaza, Isnin lalu adalah hari kengerian terbaharu dengan agensi Pertahanan Awam wilayah itu berkata le­bih 340 mayat ditemukan sejak tiga hari sebelumnya di Hospital Nasser di Khan Younis berikutan pengunduran tentera Israel dari kompleks perubatan berkenaan.

Tentera Israel mengatakan bahawa dakwaan mereka mengebumikan mayat Palestin adalah tidak berasas dan menafikan dakwaan bahawa mereka terlibat di sebalik pembunuhan beramai-ramai ber­kenaan.

Malah, Ketua Majlis Pelarian Norway, Jan Egeland berkata, pelbagai pihak seolah-olah menghitung masa untuk melihat peperangan yang akan berlaku di Rafah.

Bagaimanapun, Egeland turut memberi amaran bahawa serangan darat ke atas Rafah akan menyebabkan malapetaka dan keadaan lebih buruk.

SASAR KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Israel berulang kali me­nyasarkan kemudahan perubatan Gaza semasa perang selain menuduh Hamas menggunakan kemudahan infrastruktur itu sebagai pusat arahan dan menahan tebusan yang diculik pada 7 Oktober lalu.
Hamas bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

GESA SIASATAN SEGERA

Dalam pada itu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menggesa siasatan bebas dilakukan terhadap kematian di hospital Al-Shifa Nasser dan Kota Gaza.

Beliau berkata, perlindu­ngan khas diberikan kepada kemudahan perubatan di bawah undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani berkata, beberapa mayat yang ditemukan di Hospital Nasser didakwa ditemukan dengan keadaan tangan terikat dan dilucutkan pakaian. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×