BEIRUT: Pergerakan Hezbollah yang disokong Iran Lebanon mendakwa melancarkan serangan roket baharu merentasi sempadan hari ini selepas serangan Israel yang dilaporkan membunuh dua orang awam.
Kumpulan itu melancarkan roket ke utara Israel sebagai tindak balas kepada kematian orang awam.
Hezbollah dikatakan berbalas tembakan hampir setiap hari dengan tentera Israel sejak sekutunya Hamas melakukan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang di Gaza.
Kumpulan itu meningkatkan tembakan roketnya ke atas pangkalan tentera Israel sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Pejuang Hezbollah melepaskan berpuluh-puluh roket Katyusha ke sebuah perkampungan sempadan di utara Israel sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan musuh Israel ke atas rumah orang awam,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Semalam, pasukan penyelamat berkata, serangan Israel ke atas sebuah rumah di perkampungan selatan Hanin membunuh seorang wanita berusia dalam lingkungan lima puluhan dan seorang gadis dari keluarga yang sama.
Sejak 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh di Lebanon, kebanyakannya pejuang Hezbollah tetapi juga 72 orang awam, menurut pengiraan AFP.
Israel berkata 11 askar dan lapan orang awam terbunuh di sebelah sempadannya. -AFP











