Prabowo secara rasmi diisytihar Presiden Indonesia

Prabowo secara rasmi diisytihar Presiden Indonesia -KPU Indonesia

PRABOWO Subianto melambai ke arah penyokongnya ketika menyampaikan ucapannya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengumumkan keputusan pilihan raya presiden, di Jakarta, Indonesia. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia secara rasmi mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai presiden di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu hari ini, selepas mahkamah perlembagaan negara berkenaan menolak tuntutan kes berhubung kemenangan majoritinya.

Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo, 72, akan mengambil alih tampuk pemerintahan pada Oktober ini daripada pemimpin Joko Widodo lebih dikenali sebagai Jokowi, selepas tempoh peralihan.

Ia berlaku selepas pesaing pilihan rayanya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo menggesa undian 14 Februari lalu diadakan semula di mana Prabowo memenangi hampir 60 peratus undi.

Mereka mendakwa berlaku campur tangan kerajaan dan perubahan peraturan yang menyokong Prabowo.

Ketua KPU,  Hasyim Asy’ari mengumumkan, KPU menentukan calon presiden dan wakil presiden nombor 2, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka, sebagai calon presiden dan wakil presiden yang dipilih.

Prabowo menimbulkan kontroversi dakwaan lampau mengenai pencabulan hak asasi manusia yang dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia iaitu berperanan menghilangkan aktivis demokrasi pada penghujung pemerintahan diktator Suharto pada akhir 1990-an.

“Saya ingin mengatakan bahawa pertandingan itu sudah berakhir, pertandingan yang sangat penting. Inilah yang diminta oleh rakyat.

“Saya akan buktikan bahawa saya akan berjuang untuk semua rakyat Indonesia, termasuk mereka yang tidak mengundi saya,” kata Prabowo dalam satu majlis di Jakarta hari ini.

 Jokowi dituduh melakukan perubahan peraturan yang membenarkan Gibran bertanding sebagai Naib Presiden Indonesia.

Peraturan itu dipinda pada Oktober lalu oleh abang ipar Jokowi, ketua hakim negara ketika itu, Anwar Usman yang membenarkan calon bawah 40 tahun bertanding jika mereka dipilih untuk jawatan politik. 

Gibran, 36, adalah Datuk Bandar Surakarta di Jawa. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×