Dua helikopter milik TLDM bertembung, 10 dipercayai terkorban

TERKINI: Dua helikopter milik TLDM bertembung, 10 dipercayai terkorban

KEJADIAN dua helikopter Fennec TLDM terhempas akibat pelanggaran di udara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dalam sebelum terhempas dipercayai dalam sesi raptai sempena Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 di Kem TLDM Lumut, Manjung, Perak.

Difahamkan setakat ini 10 mangsa termasuk juruterbang dipercayai terkorban dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

Utusan Malaysia sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi tersebut.–UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini