12 pemberontak terbunuh di selatan Filipina

12 pemberontak terbunuh di selatan Filipina

PULAU Mindanao adalah syurga bagi pelbagai kumpulan bersenjata daripada pemberontak komunis kepada pelampau agama. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seramai 12 belas pemberontak terbunuh di selatan Filipina semasa pertempuran senjata dengan pasukan keselamatan yang menyebabkan tujuh askar cedera.

Kata tentera dalam satu kenyataan, pertempuran berlaku pada Isnin lalu di wilayah Maguindanao del Sur di pulau Mindanao, tempat perlindungan bagi pelbagai kumpulan bersenjata daripada pemberontak komunis hingga kumpulan pelampau.

Tentera Filipina berkata, Ketua Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro-Puak Karialan dan abangnya terbunuh bersama 10 pejuang manakala tujuh askar cedera.

Askar merampas 12 senjata api berkuasa tinggi termasuk lima senapang M16, kata kenyataan berkenaan.

Selatan Filipina yang bergolak adalah rumah kepada pemberontakan pemisah Islam yang berusia berdekad-dekad dan kepada kumpulan pelampau yang mengisytiharkan taat setia kepada kumpulan Daesh.

Manila menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak terbesar negara, Barisan Pembebasan Islam Moro pada 2014 bagi menamatkan pemberontakan bersenjata maut kumpulan tersebut.

Tetapi kumpulan kecil pejuang Islam yang menentang perjanjian damai itu kekal. 

Pemberontak komunis juga beroperasi di rantau ini. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×