Iran sindir Israel : Serangan dron ibarat mainan kanak-kanak

Iran sindir Israel : Serangan dron ibarat mainan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menyifatkan letupan yang berlaku di Isfahan, Jumaat lalu, bukan disebabkan oleh serangan tentera Israel yang dikatakan menggunakan tiga dron pemusnah. 

Sebaliknya, Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian berkata, ia adalah serangan quadcopter (jenis dron) seperti permainan kanak-kanak yang hanya terbang beberapa ratus meter sebelum berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Iran. 

“Tiada kerosakan atau kematian yang berlaku akibat serangan itu. 

“Serangan ini seperti dilakukan oleh pengintip yang tidak dikenali,” katanya. 

 Amerika Syarikat (AS) semasa pertemuan tujuh negara kuasa ekonomi besar dunia (G7) berkata, Israel sudah memaklumkan mengenai serangan itu pada saat-saat akhir. 

Sementara itu, Penganalisis Ketenteraan, Prof. Michael Clarke berkata, adalah masuk akal bagi Iran untuk cuba memandang remeh serangan berkenaan.

Sikap itu, katanya, adalah lebih baik buat Iran daripada mengambil tanggungjawab serius untuk melakukan sesuatu yang lebih tegas. 

BERJAYAKAH SERANGAN ISRAEL? 

Imej satelit yang dikeluarkan sejak 24 jam lalu mendedahkan bukti kemungkinan kerosakan di pangkalan udara Iran berikutan serangan Israel, awal pagi Jumaat lalu. 

BBC Verify menganalisis dua imej yang menunjukkan sebahagian daripada sistem pertahanan udara di Lapangan Terbang di Isfahan yang berkemungkinan mengalami kerosakan.

Pegawai AS berkata, Israel melancarkan serangan peluru berpandu walaupun belum ada pengesahan rasmi dari negara itu. 

Sejak berita mengenai serangan Israel di Isfahan, iaitu tempat bermulanya program nuklear Iran, timbul spekulasi mengenai kemungkinan sasaran dan tahap kerosakan terjadi. 

Walaupun masih tidak jelas jenis senjata yang digunakan dalam serangan itu, imej satelit mengesan bukti kerosakan di pangkalan udara berkenaan. 

BBC Verify membuat penilaian itu melalui analisis pengimejan satelit Radar Apertur Optik dan Sintetik yang dirakam di Isfahan, Jumaat lalu. 

Pangkalan tentera itu tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan material dalam imej tersedia, namun memerlukan tangkapan optik resolusi lebih tinggi bagi membuat kesimpulan. 

Setakat ini, tiada imej tersedia dari kemudahan nuklear Isfahan. 

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran. 

Siri serangan itu tercetus selepas Iran bertindak balas melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke Israel, 13 April lalu. 

Israel terlebih dahulu melancarkan serangan terhadap bangunan konsulat Iran di Syria sehingga mengorbankan lapan pegawai tertinggi tentera, 1 April lalu. -BBC   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×