Sultan Selangor berkenan rasmi Kompleks Lake Point SP Setia - Utusan Malaysia

Sultan Selangor berkenan rasmi Kompleks Lake Point SP Setia

Lake Point SP Setia
SULTAN Sharafuddin Idris Shah menekap tangan pada skrin sebagai gimik perasmian Kompleks Lake Point dekat Setia Alam Impian, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Lake Point SP Setia dekat Setia Alam Impian, hari ini.

Dalam majlis tersebut, baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan meluangkan masa  melawat ruangan serta kemudahan dalam kompleks tersebut sebelum melakukan gimik perasmian, iaitu memotong sejumlah belon di taman reakreasi yang terletak di dalam kompleks berkenaan.

Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, Kompleks Lake Point dibuka sejak Ogos tahun lalu bagi kegunaan orang awam dan mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada penduduk sekitar bandar raya ini.

“Dianggarkan 12,000 orang yang hadir dan menggunakan kemudahan yang terdapat dalam Kompleks Lake Point.

“Keluasan kompleks ini adalah 6.99 ekar dan memiliki beberapa kemudahan seperti Lake Point Central (pusat runcit), LakePoint Club (rumah kelab), LakePoint Gallerie (galeri jualan dan pejabat) dan LakePoint Park (tasik dan taman rekreasi),” katanya ketika berucap pada majlis perasmiannya.

Tambahnya, Lake Point Central merangkumi kawasan ruang runcit yang boleh disewa dengan keluasan 28,038 kaki persegi. Manakala Lake Point Club menawarkan kemudahan riadah seperti empat gelanggang badminton, gelanggang futsal, kolam renang bersaiz kolam renang Olimpik, gimnasium dan lain-lain lagi.

“Kami berharap penduduk di kawasan perumahan Setia Alam Impian dapat menggunakan kemudahan yang disediakan. Pembinaan Kompleks LakePoint ini diharap dapat menjadikan projek perumahan Setia AlamImpian sebagai pilihan rakyat Malaysia membeli rumah di sini.

“Ini kerana, kami menyasarkan 80,000 orang yang akan membeli 20,000 unit kediaman di Setia Alam Impian, dengan semua projek perumahan di sini dijangka siap pada tahun 2036,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×