Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah - Utusan Malaysia

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah

Sultan Selangor Tun Hanif Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia, hari ini.

Pejabat Sultan Selangor menerusi kenyataannya berkata, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan tersebut.

“Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan takziah buat waris dan keluarga Allahyarham Tun Hanif yang meninggal dunia pada usia 85 tahun.

“Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Polis Selangor selama dua tahun pada 1971 sebelum menjadi Ketua Polis Negara keempat selama 20 tahun dari 1974 hingga 1994,” katanya, hari ini.

Tambah kenyataan itu, di atas jasa bakti allahyarham, beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) pada 1992 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×