Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat 

Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat 

BEBERAPA lelaki menolak kereta mereka yang tenggelam akibat banjir di Dubai.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.

Beberapa negeri mencatatkan kadar hujan tinggi dalam tempoh 24 jam yang hampir menyamai jumlah taburan sepanjang tahun.

UAE mengalami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun hingga memaksa sekolah ditutup di seluruh negara itu selepas merekodkan taburan hujan melebihi 80 milimeter dalam tempoh 24 jam.

Peringkat separuh akhir bola sepak Liga Juara- Juara Asia antara kelab UAE, Al Ain dan Al Hilal dari Arab Saudi juga terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Penumpang lapangan terbang antarabangsa utama Dubai yang merupakan hab udara paling sibuk di dunia turut berdepan masalah kelewatan untuk berlepas dan ketibaan selepas beberapa pesawat dilencongkan akibat hujan lebat.

“Saya suka bermain dalam hujan tetapi buat pertama kali ia menakutkan saya,” kata kanak-kanak, Ali Hassan, 9, sambil membantu ibunya membersihkan air dari luar rumah mereka di ibu kota Bahrain, Manama.

Ribut mula melanda UAE, Bahrain dan sebahagian Qatar selepas membadai Oman kelmarin, menyebabkan banjir maut dan ratusan orang terkandas.

Menurut Pihak Berkuasa Kecemasan Oman, mayat seorang kanak-kanak ditemui semalam, menjadikan angka kematian kepada 18 orang dengan dua lagi masih hilang.

Lapor agensi berita Oman, sembilan murid sekolah dan tiga orang dewasa maut apabila kenderaan mereka hanyut dalam banjir kilat Ahad lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×