Polis tahan Hafizul, rampas pistol

Polis tahan Hafizul, rampas pistol

LOKASI suspek ditangkap oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menjumpai dan merampas sepucuk pistol yang digunakan oleh Hafizul Hawari, 38, semasa melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor sejurus berjaya menahan lelaki itu di sini hari ini.

Sumber berkata, semasa ditahan berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota bertugas.

Menurutnya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana yang terletak beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pukul 3 petang tadi.

“Semasa ditahan suspek berseorangan,” katanya.

Utusan Online hari ini melaporkan, ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, penahanan suspek dilakukan di satu lokasi yang terletak di negeri berkenaan.

“Ya, saya sahkan, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×