Tentunya lebih meriah di Malaysia - Azah Aziz - Utusan Malaysia

Tentunya lebih meriah di Malaysia – Azah Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Azah yang sudah hampir sembilan bulan kembali ke tanah air teruja kerana selepas sekian lama berhari raya di Montreal, Kanada, tahun ini menyambutnya di Malaysia.

“Sambutan di Kanada tentunya tak sama dengan Malaysia. Di sana, sambutan, selain bersama suami dan anak-anak turut meriah dengan kawan-kawan.

“Menariknya sambutan di Kanada juga adalah apabila kami dapat merasakan suasana menyambut di rumah terbuka dekat Rumah Malaysia yang terletak di Ottawa yang jaraknya dua jam dari Montreal.

“Seronok apabila berjumpa rakyat Malaysia, pelbagai latar belakang dan peringkat umur menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama di tempat orang,” katanya.

Kata Azah, dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menyediakan juadah Hari Raya Aidilfitri sepanjang menetap di luar negara.

Malah, kewujudan kedai serbaneka yang menjual bahan mentah dari nusantara membolehkan pelakon itu melunaskan keinginan keluarga untuk menikmati makanan Melayu di Hari Raya.

“Saya akan hidangkan rendang dan ketupat setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Itu antara juadah yang paling dinantikan seisi keluarga.

“Tak susah untuk saya dapatkan bahan-bahan masakan di sana memandangkan semuanya banyak dijual di kedai Indonesia.

“Suami dan anak-anak saya suka makan rendang terutamanya jenis daging. Jadi saya kenalah tahu macam mana nak sediakan,” kongsinya.

Kata Azah lagi, dia bersyukur kerana tahun ini berpeluang merayakan Aidilfitri di tanah kelahiran sendiri.

“Di Malaysia tentunya lebih meriah dan bermakna kerana dapat berhari raya dengan keluarga.

“Mungkin kemeriahan itu lebih terasa tahun ini meskipun anak kedua saya tidak dapat datang Malaysia untuk bersama keluarga.

“Kami empat sekeluarga tak sabar nak menyambut Syawal, masing-masing teruja terutamanya dua anak saya.

“Baju Melayu untuk anak-anak sudah dibeli, dua pasang setiap seorang. Begitu juga halnya dengan suami. Untuk saya mungkin lebih sikit tahun ini,” katanya berseloroh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×