Bachok tawar diri jadi hab ubi kayu

Bachok tawar diri jadi hab ubi kayu

MOHD. SYAHIR SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parlimen Bachok menawarkan untuk menjadi hab tanaman ubi kayu susulan saranan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk menggantikan beras yang tiada bekalan sehingga sekarang. 

Ahli Parlimennya, Syahir Sulaiman berkata, kawasan Bachok amat berpotensi termasuk menjadi hab ubi dan  tanaman bawang. 

“Makan ubi kayu, ganti makan nasi. Kami bersangka baik, mungkin Tan Sri Speaker berpandangan jauh, faham kesusahan rakyat. 

“Bachok amat berpotensi, sedia tawarkan diri, jadi hab ubi dan bawang negara. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia  (MARDI) Bachok telah buktikan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial malam tadi. 

Sebelum ini, media melaporkan, Johari memberikan cadangan agar rakyat menjadikan ubi kayu sebagai satu daripada sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.

Katanya, dengan cadangan tersebut  orang ramai tidak lagi perlu bergantung semata-mata kepada beras sebagai makanan ruji utama mereka.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×