Parlimen Belia dijangka bersidang Jun ini

Parlimen Belia dijangka bersidang Jun ini

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Parlimen Belia dijangka direalisasikan tahun ini dengan persidangan pertama seawal Jun selepas pemilihan wakil parlimen dirancang pada awal Mei.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, hampir semua persiapan pelaksanaan Parlimen Belia telah diselesaikan termasuk format dan panduan persidangan.

Katanya, tumpuan kini diberikan kepada pemuktamadan penubuhan parti-parti di peringkat universiti.

“Bagaimanapun, pelaksanaan itu tertakluk kepada kelancaran sistem serta persiapan akhir yang sedang dilaksanakan.

“Format hampir siap dan panduan telah tersedia. Kini kami memuktamadkan penubuhan parti di universiti.

“Jika sistem berjalan lancar, pilihan raya mungkin dapat diadakan pada Mei atau Jun, diikuti persidangan selepas itu,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Istiadat pembukaan bagi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, Johari berkata, Parlimen Belia merupakan usaha penting bagi memperluas penglibatan golongan muda dalam sistem demokrasi.

Selain itu, ia juga memberi pendedahan awal terhadap proses persidangan serta melatih mereka menyampaikan idea dan cadangan secara tersusun serta bertanggungjawab.

Inisiatif tersebut juga selaras dengan usaha memperkukuh budaya demokrasi dan melahirkan generasi pemimpin masa depan yang matang serta berwibawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×