Bagasi RM500,000: Tiga lagi saksi dipanggil 

Bagasi RM500,000: Tiga lagi saksi dipanggil 

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lagi saksi akan dipanggil polis bagi membantu siasatan pemilik syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya, miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ada beberapa perkara yang masih dalam siasatan polis termasuk memanggil tiga lagi saksi untuk tampil memberi keterangan.

“Tiga saksi yang akan dipanggil itu adalah rakan kepada pengarah syarikat terbabit, Mereka akan dipanggil selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, media melaporkan individu yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 yang ditemui di pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu sudah tampil memberi keterangan.

Individu berkenaan yang juga pengarah syarikat kayu balak mendakwa tidak menyedari bagasi yang mengandungi wang diambil dari rumah rakannya terletak di pusat beli-belah itu tidak dimasukkan ke dalam kenderaan miliknya..

Pada 19 Mac lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian membuat laporan polis berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira pukul 8 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini