Bazar Ramadan Felda Chemomoi dibadai ribut, peniaga panik

Bazar Ramadan Felda Chemomoi dibadai ribut, peniaga panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: “Saya lihat angin kencang datang mengangkat dan menerbangkan khemah peniaga,” cerita seorang peniaga nasi ayam selepas bazar Ramadan Felda Chemomoi dekat sini dilanda ribut petang kelmarin.

Menurut peniaga tersebut, kejadian mencemaskan itu berlaku sekitar pukul 6.40 petang ketika bazar tersebut dipenuhi pengunjung yang sedang membeli juadah berbuka puasa.

Katanya, ribut dengan angin kencang itu berlaku kira-kira 20 minit, mengakibatkan beberapa peniaga mengalami kerugian berikutan pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman mengalami kerosakan.

“Kejadian ini turut menyebabkan kereta yang diparkir berhampiran rosak dipercayai ditimpa besi khemah

“Banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh peniaga kerana makanan dan minuman rosak akibat terkena hujan, malah barangan seperti kerusi, meja dan balang air turut pecah akibat kejadian itu,” katanya di sini, semalam.

Seorang lagi peniaga, Saidatul Akma Mahmood, 35, berkata, kejadian ribut berkenaan disifatkan paling teruk dialaminya sejak lebih 13 tahun berniaga di bazar Ramadan berkenaan.

“Saya lihat sendiri khemah tunggang-langgang dibadai ribut. Rasa takut dan trauma hanya Allah yang tahu.

“Mujur juga tidak ada kemalangan jiwa sebab ketika itu orang ramai sedang rancak membeli juadah berbuka puasa,” katanya.

Saidatul berharap agar ada pihak yang tampil membantu meringankan beban peniaga khususnya yang mengalami kerosakan dari segi peralatan jualan dan khemah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×