Pihak berkuasa Palestin mohon keahlian PBB

Pihak berkuasa Palestin mohon keahlian PBB

RIYAD Mansour di PBB, New York pada 24 Julai 2018. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pihak Berkuasa Pa­lestin sekali lagi meminta keah­lian mereka dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengakuan itu dibuat berdasarkan catatan dalam aplikasi X daripada misi pemerhati tetap Palestin ke PBB.

“Hari ini, negara Palestin dan atas arahan kepemimpinan Pa­lestin, menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB supaya meminta pertimbangan semula untuk permohonan keahlian (kami),” tulis catatan itu.

Permohonan itu dibuat termasuk surat yang ditandata­ngani oleh Duta Besar PBB bagi Wilayah Palestin, Riyad Mansour yang merujuk permohonan awal pada September 2011 untuk status keahlian dan me­minta pertimbangan semula pada bulan ini.

Pada September 2011, Pihak Berkuasa Palestin gagal memenangi pengiktirafan PBB sebagai negara anggota bebas.

Setahun kemudian, PBB memutuskan bahawa status entiti pemerhati bukan ahli Pihak Berkuasa Palestin akan ditukar kepada negara pemerhati bukan ahli, serupa dengan Vatican.

Pihak Berkuasa Palestin yang didominasi oleh parti politik Fatah memegang kawalan pentadbiran ke atas Gaza sehingga 2007, selepas Hamas memenangi pilihan raya perundangan 2006 di wilayah yang diduduki dan me­ngusir mereka dari jalur itu.

Sejak itu, Hamas memerintah Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin mentadbir bahagian Tebing Barat yang diduduki Israel.

Amerika Syarikat memihak kepada Pihak Berkuasa Palestin yang diperbaharui yang me­mimpin kedua-dua Tebing Barat dan Gaza sebagai sebahagian daripada negara yang akhirnya merdeka.

Tetapi Israel menolak prospek Pihak Berkuasa Palestin kembali ke Gaza selepas perang yang berterusan dan menolak idea untuk menubuhkan sebuah negara Palestin di wilayah tersebut.

Di tengah-tengah tekanan antarabangsa yang sengit agar Pihak Berkuasa Palestin me­lakukan pembaharuan, Kabinet baharu yang diketuai Perdana Menteri Palestin, Dr. Mohammed Mustafa secara rasmi meng­angkat sumpah pada Ahad lalu di Ramallah, menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

“Matlamat politik kami adalah untuk mencapai kebebasan, kemerdekaan dan pembebasan daripada penjajahan dan kami bekerjasama dengan pihak Arab dan antarabangsa yang prihatin untuk mendapatkan keahlian penuh dalam PBB,” kata Mohammed semasa pertemuan dengan kerajaan baharu, menurut WAFA. – CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×