Tan Sri akan didakwa bersabit kontrak fleet

Tan Sri akan didakwa bersabit kontrak fleet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh izin untuk mendakwa seorang Pengarah Urusan bergelar Tan Sri sebuah syarikat pemegang konsesi pembekalan kenderaan.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, SPRM juga me­rakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk seorang bekas Menteri Kewangan serta individu-individu daripada sya­rikat terbabit.

Mereka sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan fleet kenderaan bernilai RM4.5 bilion untuk tempoh 15 tahun, bermula 2022 sehingga 2037.

Media sebelum ini melaporkan SPRM telah menjalankan siasatan dan menyerbu syarikat serta kediaman ahli perniagaan bergelar Tan Sri berkenaan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk pertuduhan hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan semakan pada sistem mahkamah, seorang lelaki bergelar Tan Sri akan didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin.

Pertuduhan difahamkan akan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×