Arab Saudi perkenal kereta golf pintar bantu laksana ibadah tawaf

Arab Saudi perkenal kereta golf pintar bantu laksana ibadah tawaf

PERKHIDMATAN kereta golf pintar di atas bumbung Masjidil Haram.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pihak Berkuasa Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperkenalkan kereta golf pintar bagi membantu jemaah umrah dan haji melaksanakan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.

Lapor Saudi Gazette, perkhidmatan kereta golf itu ditawarkan di bahagian bumbung Masjidil Haram untuk memudahkan warga emas dan jemaah berkeperluan khas sepanjang bulan Ramadan yang menandakan kemuncak musim umrah tahunan.

Menurut pihak berkuasa, jemaah boleh mendapatkan khidmat tersebut melalui pintu masuk eskalator Ajyad, lif pintu Raja Abdulaziz dan lif pintu gerbang umrah.

Operasi kereta golf tersebut ditawarkan selama 12 jam dari pukul 4 petang hingga 4 pagi setiap hari.

Pihak berkuasa berkata, perkhidmatan itu disediakan untuk tawaf sahaja dan cajnya ialah 25 riyal (RM31.52), termasuk cukai nilai tambah untuk setiap penumpang.

Terdapat 50 kereta golf disediakan untuk melakukan ibadah tawaf di lokasi berkenaan dengan kapasiti setiap kereta ialah 10 penumpang.

Pihak berkuasa berkata, kemudahan itu boleh didapati dengan membeli tiket melalui kaunter jualan yang terdapat di atas bumbung Masjidil Haram.

Selain kereta golf, terdapat juga khidmat skuter elektrik bagi pelaksanaan ibadah tawaf dan sai yang boleh membawa dua orang jemaah dalam satu masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×