Sumbangan tajdid perkuat ajaran Islam

Sumbangan tajdid perkuat ajaran Islam

KITA sewajarnya menerima dan bersyukur dengan gerakan tajdid yang dilakukan oleh imam berempat demi membentuk ummah dengan ajaran Islam yang sebenar. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Bercakap mengenai konsep Islah dan Tajdid yang banyak membawa kepada perubahan ummah, bahkan gerakan turut menyumbang kepada perkembangan ummah yang baik sehingga kini. Tidak dapat dibayangkan jika tiada sebarang islah dan tajdid yang dilakukan oleh beberapa tokoh dalam mengembalikan ummah ke jalan kebenaran.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad, keadaan segelintir umat Islam ketika itu masih keliru dengan agama Islam hingga terwujudlah amalan bidaah. Oleh demikian, keadaan umat Islam dari semasa ke semasa menjadi makin parah dengan amalan bidaah yang makin berleluasa, wujud sifat asabiyah dan perilaku jahiliyah.

Tetapi masalah utama yang dihadapi oleh umat Islam sekitar abad kedua hijrah ialah berkaitan dengan persoalan fiqh dan syariat Islam. Maka terlahirlah imam berempat tepat pada masanya yang berfungsi menyelesaikan masalah itu. Mereka dikenali sebagai Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Mereka inilah yang berusaha menjalankan gerakan islah dan tajdid yang mana turut membantu Rasulullah dalam memperbaiki ummah.

Antara sumbangan besar gerakan itu ialah menyediakan panduan yang lengkap mengenai syariat Islam berpandukan al-Quran dan hadis. Hasilnya umat Islam dapat mengetahui dan mengamalkan syariat Islam dengan lengkap dan selamat dari membuat kesilapan dalam tafsiran dan kefahaman tentang perundangan Islam.

Imam empat mazhab ini akan duduk berbincang agar panduan yang mereka tetapkan itu memudahkan ummah dan mendapat persetujuan semua bahkan setiap perbezaan pandangan juga amat penting demi menjaga kesejahteraan dan tidak lari dari al-Quran dan hadis.

Oleh demikian, kita sewajarnya menerima dan bersyukur dengan gerakan tajdid yang dilakukan oleh para imam itu demi membentuk ummah dengan ajaran Islam yang sebenar. Dengan sumbangan tajdid ini juga memperkuatkan ajaran Islam agar tidak dicemari oleh ajaran karut-marut. – UTUSAN

PENYOKONG GERAKAN ISLAH DAN TAJDID

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×