Saya dengan Sanusi tidak ada gaduh-gaduh - Saifuddin - Utusan Malaysia

Saya dengan Sanusi tidak ada gaduh-gaduh – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui hubungannya dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor ketika ini amat baik.

Saifuddin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah berkata, beliau dan Muhammad Sanusi tidak ‘bergaduh’ biarpun wujud pertelagahan berhubung isu MPTN itu.

“Saya tiada masalah dengannya, saya baru jumpa dia di Parlimen semalam malah, kami elok bersembang. Sembang semua tiada masalah, itu sahaja dan tiada gaduh-gaduh,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media. 2024 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau memahami Muhammad Sanusi ada tanggungjawab lebih berat di Kedah.

“Jadi saya turun padang mcm biasa. Biar kita buat dalam urusan kerja masing-masing dulu dan jika ada keperluan ke hadapan nanti kita tengoklah.

“Cuma dari segi peringkat jawatankuasa pembangunan negeri itu struktur itu adalah saya yang mewakili Wilayah Persekutuan dan dia sebagai Menteri Besar adalah ‘coacher’,” katanya.

Katanya, selepas setahun, beliau kini fokus memantau dan memastikan bahawa semua projek Persekutuan berjalan mengikut jadual.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata, sikap Muhammad Sanusi tidak menjaga rahsia menjadi antara faktor menyebabkan mesyuarat MPTN Kedah tidak diadakan lebih setahun.

Beliau yang juga pengerusi bersama jawatankuasa itu, berkata Menteri Besar Kedah terbabit tidak sepatutnya merungut mengenai perkara berkenaan selepas beliau didapati sering menggunakan maklumat dalam mesyuarat yang dihadiri sebagai modal berceramah di pentas politik.

Muhammad Sanusi pula dilaporkan berkata, kebimbangan Saifuddin mengenai kebocoran rahsia kerajaan hanyalah alasan ‘mengada-ngada’ dan tidak masuk akal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×