Isu PKR Sabah diselesai dalam masa terdekat - Saifuddin

Isu PKR Sabah diselesai dalam masa terdekat – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu penolakan kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mengakui wujud sedikit pergolakan dalam PKR Sabah dan ia berada dalam pengetahuan PKR Pusat.

“PKR adalah sebuah parti yang terbuka. Dalam masa terdekat kita akan cuba meredakan masalah tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media. 2024 di sini hari ini.

Ditanya sama ada isu itu ada dibincangkan dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi parti semalam, Saifuddin berkata, beliau tidak hadir pada mesyuarat itu, malah belum mendapat laporan mengenai isi mesyuarat berkenaan.

Pada 17 Mac lalu, seramai 15 Ketua Cabang PKR di Sabah sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah.

Pendirian itu dinyatakan melalui akuan bersumpah (SD) mereka selain turut dimaklumkan dalam mesyuarat MPN yang diadakan.

Bagaimanapun, Sangkar hari ini dilaporkan berkata, beliau menolak wujud pergolakan dalaman PKR Sabah sebaliknya menganggap ia hanya krisis keluarga yang boleh diselesaikan secara bersama.

Menurutnya, situasi PKR Sabah ketika ini sama seperti biasa dan beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi MPN Sabah yang sah mengikut perlembagaan.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataannya dalam ‘podcast’ Keluar Sekejap berhubung hasrat partinya untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua, Saifuddin berkata, perkara itu disebut secara spontan.

“Dalam sesi itu, saya sebut secara ‘natural’ bahawa adalah menjadi hasrat kami untuk melihat pimpinan Anwar memasuki penggal kedua,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada calon lain yang lebih baik selain Anwar, Saifuddin berkata, topik itu belum sampai ke situ lagi.

“Kita tak sampai (perbincangan lanjut calon lain) ke situ lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×