Israel kepung dua hospital di Gaza - Utusan Malaysia

Israel kepung dua hospital di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Tentera Israel bertindak kejam dengan mengepung dua lagi hospital di Gaza sehingga menyebabkan petugas perubatan terperangkap, Ahad lalu. 

Akibat pertempuran sengit itu, Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan seorang kakitangannya terbunuh apabila kereta kebal rejim Zionis merempuh kawasan sekitar Hospital Al-Amal dan Hospital Nasser di selatan bandar Khan Younis. 

Jelasnya, tentera Israel turut melepaskan bom asap ke dalam kawasan berkenaan untuk memaksa penghuninya keluar. 

“Tentera rejim melancarkan operasi meluas dengan menggunakan jentolak di kawasan sekitar hospital. 

“Seluruh pasukan kami berada dalam situasi bahaya selepas tentera Israel menutup Hospital Al-Amal,” katanya lapor Reuters. 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan puluhan pesakit dan petugas perubatan ditahan oleh tentera Israel di Hospital Al-Shifa. 

Hospital itu kini turut menempatkan orang awam yang mencari tempat perlindungan selepas kehilangan tempat tinggal akibat peperangan.

Tentera Zionis mendakwa sudah memberkas 480 pejuang Hamas menerusi pertempuran berterusan di Hospital Al-Shifa. 

Hamas dan petugas perubatan menafikan tuduhan rejim Zionis yang menuduh kononnya hospital-hospital di Semenanjung Gaza menjadi kubu dan tempat penyimpanan senjata. 

Hamas menegaskan pihaknya tidak pernah menggunakan hospital bagi tujuan ketenteraan. 

Sebaliknya, Israel secara terang-terangan melakukan jenayah perang dengan menyasarkan orang awam. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×