Imigresen tahan 46 PATI bekerja di pusat beli-belah 

Imigresen tahan 46 PATI bekerja di pusat beli-belah 

Sebahagian daripada 46 PATI yang ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan di pusat beli-belah Jalan Imbi, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menggempur pusat beli-belah di Jalan Imbi di sini dengan menahan seramai 46 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Serbuan bermula pukul 2 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur hasil aduan awam dan risikan selama satu minggu di tingkat dua dan tiga pusat beli-belah terbabit.

Utusan Malaysia yang menyertai operasi itu mendapati pekerja asing cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Selain itu, ada juga premis yang beroperasi dikesan telah ditinggalkan kosong apabila mendapati terdapat serbuan dijalankan Imigresen. 

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, operasi Kutip itu menyasarkan premis kecantikan, butik pakaian serta kedai minyak wangi di pusat beli-belah tersebut.

Katanya,  menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) iaitu 20 lelaki dan 26 wanita berusia anyara 20 hingga 45 tahun.

“PATI yang ditahan membabitkan Indonesia (4), Bangladesh (8), India (10), Myanmar (16) dan Pakistan (8). 

“Antara kesalahan disyaki dilakukan PATI ialah tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan gagal patuhi syarat pas,” katanya kepada pemberita selepas operasi di sini hari ini..

Tambah Jafri, pihaknya turut tahan empat majikan warga tempatan untuk siasatan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja asing. 

Katanya, JIM Kuala Lumpur juga akan memanggil beberapa majikan bagi pekerja asing yang ditahan untuk tindakan lanjut.

“Pusat beli-belah ini merupakan salah satu daripada 20 lokasi panas PATI di ibu negara selain penempatan,” ujarnya.

Tegasnya, JIM tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta mana-mana peraturan atau perundangan lain.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×