MUKADIMAH
Industri halal semakin berkembang dengan pasaran global dianggarkan mencecah AS$4.96 trillion (RM23.24 trilion) menjelang 2030.
Malaysia dianggap terkehadapan dalam industri halal dengan sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) diperakui di peringkat global.
Peluang besar dalam industri halal, mendorong syarikat-syarikat terutamanya melibatkan sektor makanan dan minuman (F&B) seperti COOKHOUSE, mendapatkan sijil berkenaan kerana ia mampu melonjakkan perniagaan mereka.
“COOKHOUSE bercadang untuk memanfaatkan pensijilan halal kami untuk memperluaskan jangkauan pengguna kami hingga ke luar negara dan menawarkan perkhidmatan kami kepada perniagaan antarabangsa yang ingin menjejak kaki di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif COOKHOUSE, HUEN SU SAN dalam temubual melalui emel dengan Utusan Malaysia.
Beliau turut berkongsi perjalanan syarikat dan perancangan masa hadapan setelah memperoleh sijil halal Jakim. Ikuti temu bual tersebut.
UTUSAN: Apakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk mengejar pensijilan halal bagi COOKHOUSE dan menjadi pengendali cloud kitchen (dapur hibrid) bersijil halal pertama di Malaysia?
SU SAN: Sebagai warga Malaysia, saya faham tentang betapa pentingnya pengasingan makanan halal dan tidak halal di Malaysia. Sejak awal lagi, COOKHOUSE telah meletakkan peraturan yang ketat dalam memastikan dapur-dapur kami dikhaskan untuk perbuatan makanan halal sahaja.
Walaupun secara dalaman, COOKHOUSE sudah mengamalkan produksi secara halal, pada masa itu, kami tidak tahu lagi bagaimana untuk mendapatkan pensijilan halal secara rasmi kerana konsep Dapur Hibrid dan Dapur Kongsi Bersama merupakan konsep yang sangat baharu di Malaysia. Setelah beberapa sesi bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan JAKIM, kami mula faham dan diberi keyakinan bahawa pensijilan halal secara rasmi ini bukan sahaja bakal memberi manfaat kepada pelbagai pengusaha dan operator makanan yang lain. Banyak lagi operator makanan di Malaysia yang nak mendapatkan sijil halal, tetapi mereka kurang ilmu tentang proses menerima pensijilan halal. Bukan itu sahaja, kemudahan dan fasiliti yang mengikut standard halal memakan banyak modal bagi pelbagai operator makanan di luar sana yang sedang melalui proses pensijilan halal mereka.
Jadi, kami sangat komited untuk memperbaiki keadaan tersebut dan inilah yang telah menjayakan kami untuk menjadi Dapur Kongsi Bersama Halal yang pertama di Malaysia.
Bagaimanakah anda rasa pensijilan halal COOKHOUSE akan mendapat sambutan daripada pengguna Melayu dan menyumbang kepada pilihan makan mereka?
Saya yakin bahawa pensijilan halal COOKHOUSE akan membolehkan dan mempercepatkan proses pensijilan halal untuk banyak organisasi F&B, besar dan kecil. Memandangkan fasiliti pengeluaran dan dapur telah disahkan terlebih dahulu, operator F&B akan mendapat lebih banyak kepastian dan kawalan untuk mengurus dengan lebih cekap dari segi kos dan kecekapan masa dalam memperoleh pensijilan halal mereka. Kami percaya ketelusan ini akan meningkatkan keyakinan bagi banyak lagi pengusaha makanan untuk mengejar pensijilan halal, yang akan menghasilkan lebih banyak lagi jenis pengusaha makanan yang berjaya memperoleh pensijilan halal untuk orang Islam dan dengan itu menghasilkan lebih banyak variasi pilihan makanan halal.
Bolehkah anda bincangkan tentang kepentingan pensijilan halal dalam landskap F&B Malaysia dan bagaimana pensijilan COOKHOUSE membezakannya daripada yang lain dalam industri F&B dan dapur hibrid?
Di COOKHOUSE kami sentiasa berbangga bahawa kami menyediakan kemudahan komersial dengan standard keselamatan dan kebersihan yang tinggi. Kejayaan kami dalam memperoleh pensijilan halal juga merupakan bukti kepada komitmen itu yang kami usahakan untuk komuniti pengusaha makanan yang menyewa kemudahan kami.
Bagaimanakah anda melihat pensijilan halal COOKHOUSE mempengaruhi ekosistem F&B Malaysia secara lebih luas dan menggalakkan penubuhan lain untuk mengutamakan standard halal?
Kami berharap pencapaian COOKHOUSE dalam memperoleh sijil halal membuka pintu dan peluang dalam pasaran halal tempatan dan luar negara kepada lebih banyak operator F&B dengan merapatkan jurang dalam pengetahuan dan ketersediaan sokongan dari segi kemudahan sewa yang halal untuk mempermudah proses dan perjalanan pensijilan halal untuk organisasi F&B di luar sana.
Bagaimanakah anda melihat pensijilan halal COOKHOUSE boleh mempengaruhi ekosistem F&B di Malaysia secara lebih luas dan menggalakkan syarikat lain untuk mengutamakan standard halal?
COOKHOUSE bercadang untuk memanfaatkan pensijilan halal kami untuk memperluaskan jangkauan pengguna kami hingga ke luar negara dan menawarkan perkhidmatan kami kepada perniagaan antarabangsa yang ingin menjejak kaki di Malaysia. Ini juga meletakkan COOKHOUSE sebagai pilihan yang dipercayai bagi pelbagai pengguna dalam komuniti Islam.
Apakah reaksi komuniti F&B di Malaysia apabila COOKHOUSE menerima pensijilan halal dan apakah kesan yang COOKHOUSE ingin buat dalam industri secara berperingkat?
Pengumuman pensijilan halal COOKHOUSE telah disambut dengan baik dan mungkin bakal membuka peluang baru dalam komuniti F&B Malaysia. Kesan yang dijangkakan ini termasuk perubahan kesedaran awam secara beransur-ansur tentang fasiliti dapur bersama kami dan bagaimana ia dapat menyokong dan mempercepatkan pensijilan halal dalam dapur halal yang siap untuk digunakan seperti COOKHOUSE mendapat momentum dalam industri.
Bercakap tentang masa depan, inisiatif apakah yang COOKHOUSE ingin ataupun sudah lakukan setelah menerima sijil halal untuk mengukuhkan lagi standard halal secara internal dan meningkatkan lagi tawaran untuk consumer Melayu secara am?
Kami berbangga atas penubuhan Program Inkubasi Halal kami bersama Maybank Islam, yang dengan murah hati telah menawarkan bantuan geran untuk membantu PKS dalam usaha mereka untuk produksi dan pensijilan halal di COOKHOUSE.
Kami juga menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menggalakkan pensijilan halal dan produksi makanan di COOKHOUSE, syarikat-syarikat F&B tempatan dan antarabangsa.
Kami akan terus berusaha untuk mencipta lebih banyak peluang dan solusi untuk syarikat F&B tempatan dan antarabangsa.-UTUSAN










