Remaja perempuan dilarang bersekolah di Afghanistan

Remaja perempuan diharamkan bersekolah di Afghanistan

KANAK-KANAK perempuan hanya dibenarkan bersekolah di peringkat rendah di Afghanistan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekolah-sekolah di Afghanistan dibuka untuk tahun akademik baharu pada hari ini dengan kanak-kanak perempuan merungut dilarang menyertai kelas peringkat menengah untuk tahun ketiga berturut-turut.

Pihak berkuasa Taliban melarang kanak-kanak perempuan daripada menyertai sekolah menengah pada Mac 2022, selepas kembali berkuasa pada 2021 selain mengenakan visi ketat Islam.

Taliban juga mengekang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada melabelkan tindakan itu sebagai aparteid jantina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini, budak lelaki berpakaian seragam membawa bendera Taliban hitam dan putih ketika mereka berbaris di pintu masuk sekolah Amani di Kabul, di mana pegawai tempatan tiba untuk upacara permulaan tahun persekolahan.

Bagaimanapun, Zuhal Shirzad, 18, remaja perempuan yang terpaksa tinggal di rumah apabila loceng sekolah berbunyi.

“Setiap tahun apabila abang saya pergi ke sekolah, saya berasa sangat kecewa. Saya gembira untuknya dan sedih untuk diri saya sendiri.

“Musim sejuk ini, abang saya sedang belajar dan bersiap untuk peperiksaan kemasukan universiti. Saya memandangnya dengan putus asa dan berkata jika saya dibenarkan pergi ke sekolah, saya juga akan membuat persediaan untuk peperiksaan kemasukan universiti sekarang,” katanya kepada AFP.

Afghanistan adalah satu-satunya negara di mana pendidikan untuk kanak-kanak perempuan  diharamkan selepas sekolah rendah.

 Seorang lagi remaja perempuan, Asma Alkozai, 18 tahun, dari bandar Herat berkata, tiada seorang pun daripada gadis sepertinya boleh meneruskan pendidikan dan amat menyedihkan bahawa kanak-kanak lelaki boleh meneruskannya.

“Apabila terdapat halangan kepada pendidikan dalam masyarakat, masyarakat seperti itu tidak akan maju,” katanya.

Kelas dalam talian muncul sebagai tindak balas kepada sekatan itu btetapi kekurangan komputer dan internet 

Kementerian pendidikan Afghanistan mengumumkan tahun persekolahan baharu Selasa lalu di Sekolah Amani, sehari sebelum permulaan tahun baharu kalendar Afghanistan.

Jemputan media dalam majlis pengumuman itu secara jelas melarang wartawan wanita membuat liputan majlis berkenaan.

Universiti kerajaan di Afghanistan juga baru-baru ini memulakan tahun akademik baharu, tetapi wanita disekat daripada menghadirinya sejak Disember 2022.

Di bawah pihak berkuasa Taliban, wanita dikecualikan daripada banyak bidang kehidupan awam. 

Salun kecantikan ditutup dan wanita dihalang dari berkunjung ke taman, pesta ria dan gim.

Hak wanita kekal sebagai penghalang utama kepada pengiktirafan antarabangsa terhadap kerajaan Taliban yang setakat ini masih belum diiktiraf oleh mana-mana negara.

Pihak berkuasa Taliban menegaskan mereka sedang berusaha untuk mewujudkan sistem yang sejajar dengan tafsiran mereka terhadap undang-undang Islam.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×