Baki dua wilayah untuk sahkan kemenangan Prabowo-Gibran

Baki dua wilayah untuk sahkan kemenangan Prabowo-Gibran

PRABOWO Subianto (kiri) dan Gibran Rakabuming Raka.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Baki dua wilayah yang masih dalam pengiraan pada tarikh akhir penjumlahan undi bagi mengesahkan kemenangan gandingan calon Presiden dan Naib Presiden, Prabowo Subianto bersama Gibran Rakabuming Raka.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia menjumlahkan pengiraan undi bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 untuk baki dua wilayah iaitu Papua dan Papua Gunung sejak pukul 10 pagi semalam di pejabatnya di Menteng, Jakarta Pusat.

Difahamkan, daripada 38 wilayah di negara ini, KPU hanya menyelesaikan penjumlahan undi di 36 wilayah manakala 128 Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Negara (PPLN) sudah melengkapkan rekapitulasi (pengiraan akhir) nasional.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan rekapitulasi di 33 wilayah menunjukkan gandingan Prabowo-Gibran mendahului jauh dengan 76,888,902 undi, diikuti Anies-Muhaimin dengan 31,118,204 undi dan Ganjar-Mahfud di belakang dengan 23,461,344 undi.

Ketua KPU, Hasyim Asy’ari Hasyim berkata, sekiranya 38 wilayah itu sudah melengkapkan pengiraan semula, pihaknya akan menyediakan minit dan semua keputusan Pemilu.

Hasyim berharap pihaknya dapat menyempurnakan penentuan keputusan undian Pemilu 2024 tepat pada masanya. 

“Semoga ia berjalan lancar dan tepat pada masanya supaya kita masih dapat menentukan keputusan pilihan raya di peringkat nasional mengikut jangka masa yang ditetapkan undang-undang.

“Tempoh maksimum pengiraan semula dan penjumlahan undi adalah 35 hari selepas hari mengundi yang bertepatan dengan tarikh 20 Mac 2024,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini