‘Lagi kuat minta back up, lagi kuat kami boikot’

‘Lagi kuat minta back up, lagi kuat kami boikot’

Dr. Muhamad Akmal Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda UMNO kekal dengan pendirian menggesa umat Islam di negara ini terus memboikot rangkaian pasar raya KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah. 

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh turut mengingatkan pengurusan pasar raya itu bahawa masyarakat Islam akan lagi menekan jika meminta mana-mana pihak untuk pertahankan mereka supaya tidak dipulaukan. 

“Kekal tenang dan teruskan memboikot! Lagi kuat kamu minta kawan kamu back up untuk tidak diboikot, lagi kuat umat Islam akan boikot kamu!!!

Memuatkan artikel berkaitan…

“Teruskan memboikot, kita bagi pengajaran keras kepada semua pihak yang suka-suka nak memperlekehkan isu agama dan bangsa. Ini masa kita semua bersama,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. 

Beberapa pemimpin DAP dan MCA sebelum ini menyifatkan tindakan Dr. Akmal dalam membangkitkan isu stoking berkenaan sebagai keterlaluan. 

Antaranya, Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Lu Yen Tung mengakui isu itu salah, namun menganggap Dr. Akmal tidak seharusnya bertindak agresif tanpa bertolak ansur sebab permohonan maaf sudah dibuat pengurusan KK Mart. 

Katanya, tindakan membesar-besarkan perkara itu boleh akibatkan kedai dengan rangkaian ratusan cawangan itu ditutup sehingga menjejaskan mata pencarian ribuan pekerja.

Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming pula menyifatkan Dr. Akmal dan netizen tidak harus mencetuskan sentimen perkauman dan agama, malah menganggap tindakan Ketua Pemuda UMNO itu adalah memudaratkan dan mungkin beri kesan kepada UMNO. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini