Penyeludup kreatif, jadikan rumah kampung pusat transit

Penyeludup kreatif, jadikan rumah kampung pusat transit

SEBAHAGIAN minyak masak bersubsidi dirampas KPDN Kelantan dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor selepas menyerbu sebuah rumah di Kg. Jenerih Tujuh, Pasir Mas, semalam. – IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Taktik menjadikan sebuah rumah di Kampung Jenerih Tujuh di sini sebagai pusat transit barangan seludup terbongkar apabila diserbu pi­hak berkuasa awal semalam.

Serbuan pukul 4.30 petang oleh anggota penguat kuasa Ke­menterian Perdagangan Da­lam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membawa ke­pada rampasan bara­ngan ka­walan iaitu minyak masak pe­ket serta gula.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di lokasi memba­wa kepada penemuan 2,992 kilogram (kg) mintak masak bersubsidi yang telah disembunyikan di pekarangan rumah berkenaan.

Menurutnya, pada masa sa­ma KPDN yang melakukan ser­buan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Peng­kalan Kubor turut mene­mui 480 kg gula pasir.

“Kesemua barang kawalan itu ditemukan di pekarangan garaj kenderaan terbuka yang dilitupi dengan plastik hitam.

“Pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback turut membawa kepada penemuan minyak masak peket bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Azman memberitahu, berpandukan kepada maklumat risikan rumah tersebut dijadikan transit simpanan sementara barang kawalan sebelum seludup ke negara jiran menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang sem­padan Malaysia-Thailand.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×