DUNGUN: Jumlah kerugian dalam kejadian banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Terengganu pada musim tengkujuh lalu dianggarkan kira-kira RM1 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebanyakan kos kerugian tersebut melibatkan kerosakan infrastruktur seperti jalan dan jambatan.
Menurutnya, sebahagian kerosakan tersebut
telah dibaiki dan dibaik pulih dalam tempoh segera di bawah agensi berkenaan.
“Secara kasar, anggaran kerosakan keseluruhannya hampir RM1 bilion termasuk kerosakan infrastruktur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, beliau juga mengharapkan agihan bantuan banjir disalurkan sama rata kepada mangsa banjir.
“Tahun lalu, kita dapato terdapat pengagihan yang tidak serata kerana diberikan mengikut senarai mangsa.
“Tetapi ada mangsa yang sepatutnya memperoleh bantuan banjir tidak disenaraikan mungkin kerana warna politik yang berbeza,” ujarnya. – UTUSAN











