Israel jaga keselamatan di pelabuhan sementara Gaza

Israel jaga keselamatan di pelabuhan sementara Gaza

KAPAL General Frank S Besson membawa muatan pertama peralatan untuk pembinaan pelabuhan sementara di Gaza. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan Israel akan bertanggungjawab memantau dan menjaga keselamatan di pelabuhan sementara yang sedang dibina di Gaza.   

Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan pihak mana yang akan menguruskan bantuan kemanusiaan yang sampai di dok dan memindahkannya ke sekitar pesisir pantai. 

Para pakar mempersoalkan bagaimana Israel akan membenarkan bekalan bantuan kemanusiaan yang disumbang pelbagai pihak melalui laluan laut untuk ke Gaza.  

Ia berikutan rejim Zionis itu sebelum ini pernah `melumpuhkan’ akses penghantaran bantuan melalui sempadan darat.   

Minggu lalu, Biden mengumumkan pasukan tenteranya akan membina pelabuhan sementara di Gaza bagi memudahkan lebih banyak bantuan kemanusiaan memasuki wilayah itu melalui jalan laut.

Menurut beliau, pelabuhan sementara itu akan meningkatkan jumlah bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dengan ratusan muatan trak tambahan setiap hari.

Dilaporkan, Gaza mempunyai sebuah pelabuhan kecil berhampiran daerah Remal di kota Gaza.

Bagaimanapun, pelabuhan itu berada di bawah sekatan tentera laut Israel sejak 2007 apabila rejim Zionis itu turut menutup hampir kesemua lintasan sempadan Gaza.

Sementara itu, jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Juliette Touma menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara sebagai penyelesaian yang agak rumit.

Ini kerana, katanya, cara yang lebih mudah adalah menggesa Israel membuka laluan darat ke Gaza.

“Sebarang usaha untuk membawa lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi membantu penduduk yang terjejas amat dialu-alukan.

“Bagaimanapun, ada cara yang lebih efisien, murah dan cepat untuk mengagihkan bantuan ke Gaza iaitu melalui jalan raya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×