Israel dikecam gagal patuhi keputusan ICJ

Israel dikecam gagal patuhi keputusan ICJ

PENUNJUK perasaan memegang plakad menggesa pelaksanaan gencatan senjata di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kumpulan hak asasi manusia Israel bersama beberapa persatuan lain mengecam rejim Zionis kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkannya membenarkan akses bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza.

Lapor Arab News, mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menerusi keputusannya pada akhir Januari lalu mengenakan beberapa arahan ke atas Israel.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada aduan difailkan Afrika Selatan yang mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Antara langkah diperintahkan ICJ adalah mencegah sebarang kecederaan disengajakan kepada orang awam, memudahkan akses bantuan kemanusiaan segera ke Gaza, melarang dan menghukum hasutan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mendokumentasi bukti sebarang perbuatan salah dilakukan semasa perang.

Dalam satu surat terbuka, sebanyak 12 kumpulan hak asasi manusia menegaskan bahawa Israel terikat di bawah undang-undang untuk melaksanakan langkah yang diperintahkan namun gagal berbuat demikian.

Surat itu turut ditandatangani oleh sekumpulan veteran tentera Israel menentang pendudukan, Breaking the Silence dan Persatuan Hak Sivil di Israel.          

Jelas surat itu, perintah dikeluarkan ICJ merupakan kewajipan undang-undang untuk menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

“Ia harus dipatuhi, bukan sahaja untuk meredakan penderitaan orang awam tetapi demi kemanusiaan secara keseluruhan.

“Sebagai anggota masyarakat sivil di Israel yang komited terhadap isu hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, kami mengecam rejim Zionis yang gagal mengubah tingkah lakunya berdasarkan langkah dikenakan oleh ICJ.

“Ini kerana bukti menunjukkan bantuan kemanusiaan ke Gaza menurun sebanyak 50 peratus bulan selepas keputusan ICJ itu,” jelas surat itu.

Sebelum ini, Amnesty International memberi amaran kira-kira 2.4 juta penduduk Gaza berada di `ambang kebuluran’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×