KOTA BHARU: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis selepas terlibat dengan penyalahgunaan ketum menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Tapis Khas yang dijalankan di negeri ini.

Dua anggota JPJ ditahan terlibat penyalahgunaan ketum

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis selepas terlibat dengan penyalahgunaan ketum menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Tapis Khas yang dijalankan di negeri ini.

Kedua-dua anggota berusia 24 dan 28 tahun itu di tahan dalam serbuan di sebuah rumah di Tanah Puteh, Gua Musang kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan itu pihaknya merampas 13 botol plastik berisi 18.25 liter air ketum.

“Rampasan air ketum itu dianggarkan bernilai RM182.50. Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

“Semakan turut mendapati, kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, selain itu dua lagi penjawat awam iaitu pegawai penjara dan perawatan kesihatan turut ditahan sepanjang 11 hari operasi tersebut dilaksanakan oleh Polis Kelantan.

Katanya, pegawai penjara yang berusia 49 tahun itu ditahan semasa berada Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini kira-kira pukul 1.30 pagi pada 2 Mac lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Semantara pembantu perawatan kesihatan yang berusia 46 tahun ditahan pekarangan sebuah stesen minyak di Gaung, Pasir Mas. Saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai satu rekod kesalahan lampau kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pegawai penjara itu direman lima hari bermula 2 Mac, pembantu perawatan kesihatan itu pula dua hari dan dua anggota JPJ ditahan reman tiga hari bermula semalam.

Katanya, dua kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala satu lagi kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×