QM Jewellery sasar 50 cawangan dalam dua tahun

QM Jewellery sasar 50 cawangan dalam dua tahun

LIM Khong Soon (tengah) merasmikan pembukaan cawangan QM Jewellery di Eco Galleria, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat jual beli emas patuh syariah, Quantum Metal Sdn. Bhd. (Quantum Me­tal) bercadang membuka seba­nyak 50 cawangan (outlet) rangkaian kedai emas QM Jewellery dalam tempoh dua tahun.

Pengasas Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon berkata, pada masa ini terdapat tiga cawangan QM Jewellery beroperasi sepenuhnya di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Cyberjaya.

Menurutnya, cawangan pertama dibuka di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang; kedua di Eco Galleria, Johor Bahru dan ketiga di Malakat Mall, Cyberjaya.

“Keunikan kedai emas QM Jewellery berbanding kedai emas di luar sana adalah bagi setiap pembelian barang kemas, pelanggan akan mendapat ganjaran dalam bentuk emas dan menawarkan pembelian balik (trade in) pada nilai yang tinggi.

“QM Jewellery JB juga menawarkan pelbagai pilihan de­ngan reka bentuk terkini dan eksklusif.

“Semua dijemput untuk mendapatkan emas perhiasan di QM Jewellery JB kerana uniknya di sini, beli satu dapat tiga. Segera ke kedai kami bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan QM Jewellery Eco Galleria Iskandar Puteri yang merupakan cawangan terbesar dan pa­ling eksklusif setakat ini.

Khong Soon berkata, pihak­nya meletakkan sasaran untuk membuka 50 cawangan QM Jewellery di seluruh negara serta beberapa negara lain terma­suk Indonesia, Thailand serta menembusi pasaran China.

Quantum Metal yang merupakan anak syarikat milik penuh Quantum Metal Exchange Inc. adalah sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia yang beroperasi sejak 2012 serta menjalankan perniagaan dalam platform digital bersandarkan emas fizikal patut syariah.

Menurut Khong Soon, Quantum Metal menyediakan solusi pemulihan ekonomi untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat.

“Quantum Metal menyediakan fasiliti Gold Convert Account (GCA) dan Gold Asset Enhance (GAE), iaitu memberi peluang kepada masyarakat untuk menguruskan perbelanjaan bulanan serta menggandakan keuntungan mereka atas kenaikan harga emas dunia,” katanya.

Beliau berkata, visi Quantum Metal adalah ke arah mewujudkan pertukaran logam berharga unik secara sah di peringkat global dengan menawarkan ekosistem yang menggabungkan kelebihan teknologi digital dan pengurusan kewangan berdasarkan nilai sebenar logam berharga, sekali gus memiliki pegangan emas secara mudah, komprehensif dan bernilai tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×